PROJEK MENJAHIT: Cara-Cara Membuat Uncang/Bag Kantung Comel

Ada seorang teman akan melangsungkan perkahwinan awal tahun depan. Buntu juga nak cari idea untuk membantu sedikit sebanyak persiapannya sampailah satu hari ternampak gambar kain dulang di fb yang menggunakan kain batik. Kebetulan si teman memang berhajat membuat majlis perkahwinan bertemakan tradisional. Setelah puas fikir, akhirnya saya membuat keputusan untuk menjahit bag kantung.  Boleh letak handphone @ duit @ barang yang kecil. Mai kita sama-sama belajar cara mudah untuk menjahit bag kantung ni.  


Antara 3 design yang mudah dan cepat untuk di jahit dengan menggunakan basic yang sama

STEP 1: potong kain mengikut saiz yang di kehendaki. Saya menggunakan saiz 9 inci lebar x 7 inci tinggi.



STEP 2: Jahit bahagian atasnya kira-kira 1 inci untuk di masukkan riben.  Lipatkan bahagian tepi dan masukkan ke dalam sebelum jahit di atasnya supaya bahagian hujung tidak berbulu.

STEP 3 : Lipat kepada 2 bahagian dan jahit bahagian tepinya

STEP 4 : Jahit bahagian bawah

STEP 5 : Terbalikkan ke bahagian hadapan dan tebuk 2 lubang untuk memasukkan riben. Buat dua kali pusinggan riben supaya ikatannya lebih ketat dan kemas. Kalau tak nak guna riben, boleh jahit butang dan tali pengikatnya.




Comments

Popular Posts