PROJEK MENJAHIT: Pelikat Pant

Masa mengemas almari, jumpa beberapa helai kain pelikat suami yang masih belum guna. Ada yg beli sendiri dan kebanyakkan hadiah dari orang. Ruginya kalau tersimpan jek so kita jahitnya menjadi seluar. Lebih praktikal dan selesa dipakai untuk santai di rumah. Sy masih amatur dalam bidang menjahit ni tapi sy sedia untuk terima komen-komen dari kwn-kwn sebagai satu proses pembelajaran. Inilah antara hasil pelikat pant yang dah berjaya sy hasilkan..

Sehelai kain pelikat boleh jahit sehelai seluar panjang dewasa dan sehelai seluar kanak-kanak. 

Kalau jahit seluar pendek dewasa boleh dapat extra 2 helai seluar kanak-kanak. Berbaloi kn..

Antara pelikat pant yang ditempah oleh pelanggan. Ada 1 poket sahaja di bahagian belakang sebab sy belum teror jahit poket bhgn tepi.







Comments

Popular Posts