PROJEK MENJAHIT: Kids Sleeping Bag

Assalamualaikum kawan-kawan

Sekarang ni dah makin banyak taska yang wajibkan parents sediakn tilam, bantal dan selimut sendiri untuk anak. Mungkin di sebabkn faktor kebersihan dan kesihatan. Maklumlah kanak-kanak di bawah umur 5 tahun sangat mudah dijangkiti dan kebanyakkan taska mempunyai lebih dari 20 orang kanak-kanak.  

Based pengalaman sendiri, kes-kes seperti tertinggal atau tertukar salah satu barang keperluan ni dah jadi normal. Almaklumlah kadang-kadang cikgu/pengasuh tak sempat nk betul-betul belek nama dekat barang tu satu persatu. 

Sebab tu lah saya dapat idea nak jahit Kids Sleeping Bag ni untuk anak.Tilam yang siap dijahit sekali dengan selimut dan bantal. Saiznya saya buat mengikut yg d syorkn oleh JKM dan ia sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 2-5 tahun. Sy pilih isiannya jenis fiber supaya ringan dan mudah untuk di bawa ke mana-mana.


Biasanya setiap 2 minggu, tilam ni akan di bawa balik untuk basuh atau jemur di bawah panas matahari supaya hama-hama mati. Demi kesihatan anak, ibubapa akan sanggup buat apa sahaja kn.


Semalam sempat siapkan 1 set tilam untuk pelanggan. Kain dan selimut disediakan oleh pelanggan sendiri. Di sebabkan sy masih baru berjinak-jinak dengan dunia menjahit ni, jadi  pilihan corak kain agak limited. Bajet belum besar untuk buat stok.


 
pelekat jenis tape


Kain flecee yang gebus dan sangat selesa untuk kanak-kanak


Saya juga menerima tempahan menjahit tilam ni.
Harga         : RM100 (exc postage)
Saiz tilam  :  53cm x 135cm
Material     : kain cotton, & fiber batting

Sila hubungi 0123229784 (siti) untuk membuat tempahan

-sekian- 

Comments

Popular Posts