PROJEK MENJAHIT: Tilam Kanak-kanak Perempuan

Assalamualaikum kawan-kawan..

Arini siapkan tilam untuk anak perempuan pulak. Sementara nk siap tu, bertubi-tubi soalan cepu mas dari anak yang perlu sy layan. "tilam kakak dh siap ke?". Alahai kakak, sabar noh.. 

Selalu juga mood kelaut sebab tgh syoook layan menjahit, anak-anak ajak main, so kena la stop kejap. Bila dh stop, memang makan hari la untuk dapatkan balik mood tu. 

Haish..tak boleh jadi nih. Tu sebab utama kenapa sy buat blog, supaya sentiasa semangat cari bahan untuk story dlm blog ni. 
Dah, jom layan gambar-gambar tilam untuk anak perempuan.

 Kain cotton love ni beli di Jakel.  Selimut beli di GM Klang.

Jahitan bahagian dalam tu nampak macam simple tapi agak teruk nak dijahit sebab guna mesin portable ja. Mesin nya agak ringan jadi kena ada pembantu untuk tolong tarik dari depan sementara sy kawal mesin supaya tak bergerak sangat.

Lebih mudah untuk dilipat dan disimpan kemas.

Leganya, siap juga projek ni dalam sehari.  Kakak dah tak perlu berebut tilam dengan adik lagi.


Saya juga menerima tempahan menjahit tilam ni.
Harga         : RM100 (exc postage)
Saiz tilam  :  53cm x 135cm
Material     : kain cotton, & fiber batting

Sila hubungi 0123229784 (siti) untuk membuat tempahan

 Sekian..


Comments

Popular Posts