PROJEK MENJAHIT: Mahalnya...

Assalamualaikum..
Selepas beberapa siri DIY tilam, baru sy tau kenapa ramai tukang jahit letak harga agak keboom untuk hasil produk-produk mereka. Antara sebab-sebabnya based kepada pengalaman sendiri: 

1) masa nak cantum kain dgn fiber mmg sgt mcabar. Sy tpaksa minta tlg ank unt tarik dr dpn sbb saiz tilam agak panjang. Dalam masa yg sama kena kawal mesin dr bgerak-gerak.

2) ‎harga kain cotton pon blh tahan mahal. bukan takda yg murah tp corak dan kualiti biarlah yg sesuai dan menarik minat kanak-kanak.

3) ‎fiber yg digunakan tebalnya dlm 2 inci. kalau nk jimat kos blh ja guna yg 1 inci tp agak nipis dan tak tahan lama. Untuk baby mungkin sesuai sebab tak lasak sgt.

4) Dekat certain area cthnya Putrajaya ni mmg susah nk cari kedai jual brg-brg menjahit yg lengkap. kedai kain jauh sekali la. Makanya, tpaksalh spend lbh sikit unt transport.

Ini pendapat peribadi sy kenapa harga produk custom made selalunya mahal sikit. Kadang-kadang tukang jahit dh letak harga paling minimum untuk kos upah tp bila kos bahan agak tinggi, dah tak blh nak adjust harga lagi. Moga entry kali  ni mberi manfaat kpd kawan-kawan. Terima kasih sudi membaca. sekian..

Comments

Popular Posts